Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tajuk macam poyo en. Tapi tulah maksud nama 'Amirah'
Amirah literally means 'puteri' or 'ratu' in Arab. Wallahua'lam
So, here it is. Just a short intro pasal diri sendiri. Dilahirkan pada tahun 1997, so do the math. Tempat aku lahir pun, it was just a small hospital situated in KL. Bila dah meningkat usia ni, everytime pergi KL lalu Hospital Tawakkal, mesti tertanya, 'aku lahir kat klinik ke??' haha. Tapi apa-apa pun, Alhamdulillah. Bersyukur dilahirkan dan semoga dapat menjadi insan yang sentiasa bertawakkal kepada Allah. Hehe
Mama dengan abah dulu belajar dekat US when I was in mama's tummy. But then, diorg balik Malaysia, lahirkan aku, then pergi balik US. If I'm not mistaken lah. And I always question that. Kenapa tak lahirkan kat US je ma? Boleh aku jadi warganegara US. Haha. Demand
Then, dalam setahun lebih je kut kitaorang sefamily kat sana. I was very small that time lah, so obviously I didn't remember a thing. Then dah balik Malaysia, aku ingat pernah duduk dekat Gombak sampai lah aku darjah 2 je. Akhir darjah 2, our family moved to Nilai, which is calmer than Gombak *buat muka menyampah* Kalau tak silap around bulan November macam tu. Then a few weeks after, Abah pergi dijemput Ilahi *muka redha* Since I was just 8, aku macam tak faham apa-apa sangat. Kebetulan aku tak sempat nak rapat dengan arwah. Yelah, anak ke-6 daripada 7 ni macam terpinggir sikit *guraugurau hehe* So I didn't feel that sad.
Bukan apa. Aku bersyukur aku tak terlalu attached sangat dengan arwah, or mungkin aku lah orang paling tak boleh terima kenyataan. Pernah jelah terfikir, kenapa lah awal-awal Allah dah amek abah? Tak sempat pun aku nak rasa kasih sayang seorang ayah. Tapi semua yang terjadi pun mesti ada hikmah kan. Mungkinlah, bila dah lama aku hidup dengan abah, aku susah nak terima kenyataan yang abah dah meninggal? Macam-macam lah hikmah. Allah kan dah atur dengan elok. Kita sebagai hamba, redha je lah dengan ketentuanNya *senyum*
So yeah, baru sekejap pindah rumah baru, daripada 9 ahli, tinggal 8 je
Tapi that doesn't stop me from pursuing my life. Our lives.
Daripada darjah 3 sampai darjah 6 aku bersekolah di SKKKLIA *nama sekolah kena sebut.haha* Nothing much. Hidup sebagai budak sekolah rendah. Hmm, aku murid yang biasa je. In fact, murid yang sangat pendiam sampai cikgu pun tulis kat report kad 'anak puan terlalu pendiam'. Haha. Well, I agreed maám. Well at least sampai darjah 5 aku dah start berkawan. Then, nak perform sikit, dapat lah rapat dengan seorang guru. Then masuk darjah 6 hidup dah makin berubah. Ada pahit ada manis. Kalau nak cerita, tak cukup huruf nak tekan. Haha.
Berbekalkan 5A UPSR, dapatlah masuk kelas pertama time form 1. Pastu form 2 jatuh kelas kedua. Ha, tulah. Riak lagi *hahaha*
Then paling tak boleh lupakan time form 3, dimana aku, seorang pelajar yang sangat tak gemar akan subjek sejarah dan tak pernah mendapat A pun dalam mana-mana ujian..tiba-tiba berjaya meraih A dalam subjek tersebut untuk PMR. For you, mungkin cerita ni macam nothing. Tapi peristiwa ni paling memberi kesan lah pada diri aku. Kalau nak tengok result Sejarah aku memang kebanyakannya B dan C. Malah lebih teruk time percubaan PMR aku dapat D *tutup muka* Tapi tulah, berkat usaha dan doa mama yang sanggup belikan buku latihan, sanggup ajar aku malam-malam. And akhirnya aku memang pulun lah study sejarah. And alhamdulillah. Allah nak tunjuk betapa pentingnya usaha tu. And sejak tu aku sangat-sangat percaya Usaha tu sangat penting. Well, bukanlah dalam peperiksaan je. Tapi banyak benda yang kita kena usahakan.
Tapi result aku tak adalah gempak sangat. Kalau Allah dah takdirkan aku dapat 7A, tulah takdirnya. Aku tak tahulah aku seorang ke yang rasa benda ni atau tak. Tapi bayangkan lah, bila kita nakkan sesuatu, tapi kita hampir je dapat. Contohnya aku nak 8A tapi terkurang satu je lagi A kan.. Haha. Tipulah dulu tu ada jelah rasa geram rasa tak puas hati. Even terdetik buat sesaat. Tapi tulah, like I said. Peristiwa ni sangat memberi aku pengajaran. Bila terfikir balik, macam ni Allah nak ajar kita kan. Melalui sekecil-kecil peristiwa. And benda ni tak lain dan tak bukan hanyalah hal dunia. *senyum*
Then Alhamdulillah, aku dapat masuk STTJ walau hanya untuk 3 minggu sebelum pindah ke MRSM JB. Dalam masa 3 minggu, banyak jelah benda aku belajar. Then aku habiskan baki kehidupan aku sebagai seorang pelajar sekolah dekat MRSM. Yang mana aku nak sangat masuk. Even though aku mintak MRSM lain tapi dapat MRSM lain. Aku bersyukur sebab Allah dah beri yang terbaik untuk aku. Kehidupan kat MRSM pun banyak ajar aku jadi seorang manusia lah. Yelah kan, hidup jauh daripada family kat rumah, belajar berdikari.
Then, selepas SPM aku melanjutkan pelajaran ke UPM sebagai pelajar asasi sains pertanian. Which baru habis sebulan lebih yang lepas. Baru je lagi. Tapi matlamat aku before masuk UPM, aku teringin nak jadi seorang doktor haiwan memandangkan aku sangat suka kan haiwan *yeah right* even ada orang ckp 'nak jadi vet tapi belalang pun takut' *tangan ke bahu mata ke atas* takpelah, kisah apa aku.. yang penting aku dapat capai cita-cita aku nak jadi seorang doktor haiwan yang berjaya. Matlamat dunia yang aku terlalu fokuskan. Bila dah dapat masuk UPM ni makin bertambahlah keyakinan aku nak dapat course Vet tu.
Tapi tu dululah
Little did I know, Allah dah tempat kan aku kat UPM ni, sebab nak beri aku yang lebih besar dan lebih penting lagi daripada menjadi seorang doktor haiwan tu. It's not like I've given up on my dreams, but more like memperbetulkan impian aku sebagai seorang hamba Allah.
And I'm not saying that being a vet ni akan jauhkan diri seseorang tu daripada Allah, tapi aku just nak ckp yang mungkin ini bukanlah cara diri aku sendiri untuk berbakti kepada agama. To someone else maybe, but to me may not. Because all I had in mind is all about dunya. Huhu. Well, ni mungkin hanya 1% pengorbanan yang aku telah buat terhadap diri sendiri. Banyak lagi benda yang aku kena ubah. Wallahua'lam.
There you go. serba sedikit pasal diri ni. So before I end this post. Here's a reminder for me and for those who's reading
Bila nak berdoa meminta kat Allah berkaitan hal dunia, eloklah kita tidak meminta melainkan yang terbaik daripada Allah. Because sometimes manusia ni bila mintak sesuatu, dia jadi marah dan hampa bila Allah tak kabulkan permintaan dia. Padahal Allah sedang memberi dia yang terbaik pada ketika itu tapi dia yang tak ketahui. Wallahua'lam
Assalamualaikum.