^_^

Wednesday, December 21, 2016

Turning point

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Dulu cikgu selalu pesan "awak ni kat sekolah kat asrama dah untung sangat dah ada cikgu and orang sekeliling awak yang tengok-tengokkan awak. jaga awak. nanti dah masuk U, awak semua bebas. tak ada siapa yang tolong tengokkan. percayalah, nanti mesti ada yang maruah hilang entah ke mana. jagalah diri tu elok-elok. tolonglah"

Tapi bagi aku, nak habis sekolah lah sesuatu yang paling aku tak sabar.. Siapa je tak macam tu kan. Keinginan untuk mendapat kebebasan tu sangat-sangat tinggi. Tapi still rasa gerun dengan realiti dunia kat luar sana.

Lepas habis SPM, memang betul lah. Rasa nak keluar have fun tu akan selalu ada. Mungkin ni permulaannya kut. Dan aku pernah laluinya. Tak kisah sama jantina ke tak, apa yang aku fikir
'alah, member je. biasalah lepak sesama'
Walaupun, ada sedikit rasa tak sedap hati tapi aku selalu tepis perasaan tu.
Lepak mamak.
Tengok wayang.
Makan-makan.
Main bowling.
Tak kisah lah. Janji aku seronok.

Then tak lama lepas tu, masing-masing pun dah start sambung belajar and tak ada masa dah nak jumpa, lepak-lepak semua.

Lepas beberapa minggu aku daftar UPM, aku terima satu mesej yang...probably changed my whole life.

Takdir Allah, setiap minggu aku diajak untuk mendengar sharing daripada seorang akhwat. Mula-mula memang ikut membuta tuli je. Ikut sekadar memenuhi pelawaan seseorang. Hingga satu hari,

"Mira balik rumah ke hujung minggu ni. Ada sharing sikit. Tapi dua hari lah. Jom lah join"

"Okay, in shaa Allah"

"Jangan lupa bawak buku nota taw"

Jadi, nilah turning point aku. Pengisian yang membasahi jiwa, menyedarkan aku tentang sesuatu yang sangat penting.

Ini Sejarah Kita

Err, like I said before.. I really dislike history and I'm glad that I've gone through learning it in school.

Tapi belajar sejarah tentang Islam waktu tu, bukan kerana nak dapat kan A, nak luluskan aku dalam ujian. Tapi kerana betul-betul nak faham Islam tu apa and ada apa dengan sejarahnya.

Macam mana daripada zaman Rasulullah hinggalah zaman Abbasiyah, Islam dapat capai Ustaziatul Alam dan saat ini Islam berada di puncak. Islam menjadi role model. Tetapi selepas itu, berlaku peristiwa-peristiwa yang menyebabkan terjatuhnya empayar Islam tu. Kenapa semua tu berlaku.

Dan lepas sedar pasal realiti Islam sekarang, lepas faham apa peranan, tujuan kita diciptakan kat muka bumi ni, dapat rasalah sesuatu yang berat jatuh ada bahu sendiri. Ia bukanlah satu beban tapi ia merupakan satu tanggungjawab. Yang memang each and every Muslims yang hidup kat bumi ni harus pikul. Cuma sama ada dia diberi kesedaran tu atau tak je.

Tugas kita hanyalah menjadi seorang khalifah

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku ingin menjadikan khalifah di bumi'..." [2:30]

dan ahli ibadah

"Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku" [51:56]

dan tak lain tak bukan..seorang yang menyumbang kepada kejayaan Islam tu sendiri. Kan sunnatullah nya begitu, akhirnya Islam tu akan naik jugak. Tapi adakah kita hanya mampu melihat dan tak berbuat apa-apa? Tepuk dada tanya selera.




1 comment:

Ilal Jannati Zumaro

Ilal Jannati Zumaro